DANA PEMBINAAN BANGUNAN ASRAMA SYABAB DI HQ TERENGGANU

Kami dari Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) memohon doa dan sokongan anda semua untuk bersama dalam misi menyempurnakan pembinaan Asrama Syabab, tempat yang akan menjadi kediaman penuh keberkatan bagi anak-anak tahfiz yang bercita-cita menjadi hafiz dan hafizah Al-Quran.
Setiap sumbangan anda, insyaAllah, akan membantu kami menjayakan asrama ini sebelum penghujung tahun ini, demi menyambut generasi Al-Quran yang baru pada tahun hadapan.
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila mati seseorang manusia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya." (HR Muslim).
Allah SWT juga berfirman dalam Al-Quran: "Perumpamaan (nafkah) yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh biji. Pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Dan Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui." (Surah Al-Baqarah: 261).

Doa dan Harapan Kami Ya Allah, kurniakanlah keberkatan atas setiap rezeki yang disumbangkan dan jadikan ia sebagai amal jariah yang berkekalan hingga akhirat. Ampunkan dosa-dosa mereka yang menyumbang, murahkan rezeki mereka, dan jadikanlah sumbangan ini sebagai bekalan akhirat yang kekal abadi.